Sunday, July 14, 2013

Perhimpunan Pagi Ahad

Apa khabar semua. Hari ini semua umat Islam selamat menjalani ibadah puasa untuk hari kelima. Semoga kita semua mendapat keberkatan Allah sempena ramadhan almubarak. Hari ini juga diadakan program pelancaran tabung palestin peringkat sekolah. Selamat Menderma. Semoga dengan sumbangan ikhlas kita ini dapat menceriakan kehidupan rakyat palestin. Sedekah membawa berkat.



Thursday, July 4, 2013

Terima Kasih Cg. Faiz

Hari ini merupakan hari terakhir cg Faiz bertugas di sekolah kami. Selamat bertugas di SK Gelugor, K.Trg. Terima Kasih Cg Faiz...... ikhlas dari rakan posting mu.... cg is.


Wednesday, July 3, 2013

Amanat Pagi

Apa khabar semua. Pagi ini kami mendengar pesanan dan amanat oleh Puan Guru Besar.

Monday, July 1, 2013

Kelas ict

Apa khabar semua? Hari ini kami masuk makmal untuk kelas ict. Kak Sue tolong ajar. seronok juga.




Sunday, June 30, 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH SESI 2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA.....
PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH UNTUK SESI 2014 TELAH DIBUKA SEKARANG. KEPADA SEMUA IBUBAPA/PENJAGA BOLEH AMBIL TINDAKAN SEKIRANYA ANAK/JAGAAN TUAN/PUAN MENEPATI SYARAT-SYARAT BERIKUT:
1. Lahir pada 2.1.2008 - 1.1.2009 ( 6 tahun pada 2014)
2. Lahir pada 2.1.2009 - 1.1.2010 (5 tahun pada 2014 - sekiranya ada kekosongan)
Sekiranya berminat sila dapatkan BORANG PERMOHONAN di kelas prasekolah pada waktu pejabat. 

Sunday, June 23, 2013

23.6.2013 @ 14 syaaban

Apa khabar semua. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana masih berpeluang berada di perhimpunan pagi ahad ini. semoga kami terus dirahmati Allah. Esok nisfu syaaban....justeru sama-samalah kita berdoa dan terus berdoa agar terus berkesempatan mengimarahkan masjid/surau tidak hanya pada malam nisfu syaaban.

Tuesday, June 18, 2013

Jom kita mengira

Hai kawan-kawan. Hari ini panas sangat suhu. Jadi kami pun belajar di dewan sekolah. Elok juga....pasang kipas dewan.....sejukla sikit.....baru selesa belajar. Pagi ini kami selesaikan operasi tambah. alahai jom kita mengira......